SEDIKIT INFORMASI LA YE ..TAKOYAKI IALAH kuih jepun yg simple tp best serta menyihatkan... Kuih jepun yg macam cekodok tapi menyihatkan dan sedap...ada sotong lg tu...boleh jg tukar dgn udang...
Bahan-bahan ( 18 biji )
2 cawan tepung serbaguna
1 biji telur (saiz sederhana)
1 1/2 cawan air
Sepohon daun bawang ?(potong halus)
1/2 biji labu bawang besar (potong dadu)
4 ekor sotong di potong bulat
secubit garam
sedikit minyak
Cara-cara
1- masukkan tepung, telur, garam, air dan telur kedalam bekas
2- gaul bahan tersebut hingga sebati. Adunannya hendaklah cair seperti membuat kuih cara atau kuih ketayap.
3- Panaskan acuan takoyaki.
4- sapukan sedikit minyak pada acuan takoyaki dan tuangkan adunan tepung tadi 1/2 acuan
5- masukkan kepingan sotong, daun bawang dan hirisan bawang kedalam acuan takoyaki yg telah dituang dengan adunan tepung.
6- pusing2kan takoyaki dengan menggunakan lidi dan tambah adunan tepung hingga menjadi bentuk bulat..
7- setelah menjadi bulat, biarkan seketika hingga masak. kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan
8- sedap dimakan bersama sos cili dan mayonaise..selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment