Friday, 24 May 2013

PROJEK FINAL KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PERTANIAN)

                                           

                                                      EGGS CLEANER MACHINE          
 



OBJEKTIF PROJEK

Terdapat beberapa objektif dan tujuan mesin atau alat ini dicipta. Ia memberi
kemudahan kepada pengilang bagi melakukan kerja serta memberikan keyakinan
terhadap pengguna yang membeli makanan hasil keluaran kilang tersebut. Selain itu,
mesin atau alat ini boleh diguna pakai oleh peniaga-peniaga kecil seperti peniaga
murtabak, pembuat kuih-muih dan lain-lain lagi.

Antara objektif mesin ini diciptakan adalah untuk:
  1. Dapat memudahkan kerja-kerja membersih telur dalam kuantiti yang banyak.
  2. Tidak memberi bebanan kepada tenaga kerja
  3. Mensistematikkan proses mencuci telur ayam
LAKARAN PROJEK





VIDEO PERSEMBAHAN PROJEK                                                               



Sunday, 19 May 2013

CARA-CARA MEMASAK TAKOYAKI





SEDIKIT INFORMASI LA YE ..TAKOYAKI IALAH kuih jepun yg simple tp best serta menyihatkan... Kuih jepun yg macam cekodok tapi menyihatkan dan sedap...ada sotong lg tu...boleh jg tukar dgn udang...


Bahan-bahan ( 18 biji )

  • 2 cawan tepung serbaguna
  • 1 biji telur (saiz sederhana)
  • 1 1/2 cawan air
  • Sepohon daun bawang ?(potong halus)
  • 1/2 biji labu bawang besar (potong dadu)
  • 4 ekor sotong di potong bulat
  • secubit garam
  • sedikit minyak

Cara-cara

  1. 1- masukkan tepung, telur, garam, air dan telur kedalam bekas
  2. 2- gaul bahan tersebut hingga sebati. Adunannya hendaklah cair seperti membuat kuih cara atau kuih ketayap.
  3. 3- Panaskan acuan takoyaki.
  4. 4- sapukan sedikit minyak pada acuan takoyaki dan tuangkan adunan tepung tadi 1/2 acuan
  5. 5- masukkan kepingan sotong, daun bawang dan hirisan bawang kedalam acuan takoyaki yg telah dituang dengan adunan tepung.
  6. 6- pusing2kan takoyaki dengan menggunakan lidi dan tambah adunan tepung hingga menjadi bentuk bulat..
  7. 7- setelah menjadi bulat, biarkan seketika hingga masak. kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan
  8. 8- sedap dimakan bersama sos cili dan mayonaise..selamat mencuba...



Saturday, 18 May 2013

KISAH NYATA 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW


KISAH NYATA 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW | WAJIB BACA | Selepas baca silakan share.. Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:


"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"


1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLASkepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.